Sunday, September 30, 2018

Refleksi tutorial dan kuliah 3 (27 september 2018)



            

           Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini adalah entri mengenai refleksi tutorial dan kuliah HMT 411 bagi minggu ke tiga. Tutorial pertama bagi HMT 411 bermula pada hari Rabu pukul 11-12 tengah hari yang dikendalikan oleh Dr Norsofiah. Tutorial dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah. Setererusnya Dr Norsofiah mengarahkan pelajar untuk menjawab kuiz berkenaan tajuk minggu ke dua di laman web edpuzzle. Soalan bagi kuiz ini ialah berkenaan eksperimen, kuasi, keratin rentas, tinjuan dan juga longitud. Pelajar di minta menjawab kesemua soalan dalam tempoh 30 minit. Sejurus tamat kuiz yang dijawab oleh para pelajar, Dr Norsofiah mula membincangkan kesemua jawapan kuiz untuk memberikan pemahaman dan penjelasan yang lebih lanjut mengenai kajian kuantitatif.
           
         Seterusnya selepas tamat kelas tutorial, kelas kuliah pula bermula pada pukul 12 hingga 3 petang. Kuliah ini juga dikendalikan oleh Dr Norsofiah yang menyentuh aspek untuk melakukan Kajian literatur dan Research Gap. Dr Norsofiah memberikan pemahaman kepada pelajar mengenai tatacara melakukan kajian literatur dan Research gap berpandukan artikel-artikel yang perlu dibaca oleh kami. Disamping itu juga, Dr Norsofiah menunjukkan cara membuat kajian literatur dan Research Gap menerusi laman web youtube bagi memudahkan kami untuk melakukannya.
            
          Setelah penerangan yang jelas oleh Dr Norsofiah mengenai kajian literatur dan research gap, Dr Norsofiah mula mengarahkan kami untuk membentuk kumpulan bagi melakukan tugasan iaitu membincangkan tentang empat artikel yang perlu dibaca oleh kami dan seterusnya kami dikehendaki membentangkan hasil dapatan kami dihadapan Dr dan rakan-rakan yang lain. Dapatan bagi artikel yang perlu kami cari ialah, mengenai tahun artikel, nama pengarang, objektif kajian, kaedah kajian, kelebihan dan kekurangan artikel tersebut dan dapatan kajian bagi setiap artikel yang dibincangkan.
           
         Selanjutnya, Dr Norsofiah mula membincangkan tugasan atau projek berkumpulan yang perlu dilaksanakan. Projek ini bertemakan bahasa di USM dan pelajar dikehendaki melakukanya dengan mengaplikasikan perkara-pekara yang telah diajarkan semasa kuliah iaitu mengenai kajian kuantitatif. Pelajar diminta untuk membentangkan proposal berkenaan projek yang perlu dilakukan pada minggu ke 5 nanti.

No comments:

Post a Comment

Anekdot Pengalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tiga tahun setengah tempoh pengajian di Universiti Sains Malaysia sudah pun berakhir. Terlalu ...