Thursday, October 4, 2018

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Ke-4


Refleksi Kuliah Minggu Ke-4

       Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kali ini menceritakan mengenai Kuliah minggu Ke 4. Kuliah ini seperti biasa dikendalikan oleh Dr Norsofiah yang menyentuh aspek Data kuantitatif.  Bagi data kuantitatif ini ia melibatkan statistik. Statistik dibahagikan kepada dua iaitu inferensi dan deskriptif. Dr Norsofiah hanya menyentuh dari aspek deskriptif sahaja. Statistik despkriptif ini melibatkan pengiraan min, mod, media, dan sisihan piawai. Digunakan untuk menghurai ciri-ciri pembolehubah.
            
       Seterusnya, Dr Norsofiah menjelaskan mengenai data nominal,data ordinal,skala selang dan skala nisbah. Data nominal ialah mengkategori tanpa menyusun kategori tersebut dan kategori tersebut tiada nilai. Data ordinal pula, mengkategori dan menyusun kategori mengikut urutan tertentu. Skala selang ialah mengkategori, menyusun kategori dan membina unit yang sama. Dan yang terakhir skala nisbah yang mengkategori, menyusun kategori mengandungi nilai sifar sebenar.
            
          Selepas tamat sesi pencerahan mengenai bagaimana untuk mendapatkan min, mod, median, dan sisihan piawai, Dr Norsofiah mula menerapakan segala penjelasan yang diajar tadi melalui latihan yang disediakan oleh Dr Norsofiah.Di dalam latihan ini, para pelajar perlu mencari  nilai bagi min, mod, median dan sisihan piawai dengan tepat. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan dan perlu dihantar pada Dr Norsofiah. Sejurus tamatnya latihan tersebut, Dr Norsofiah mengadakan kuiz secara talian di kahoot.com. Kuiz ini berkenaan statistik deskriptif juga. Pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang dikemukan menerusi telefon bimbit. Soalan yang diberikan merangkumi apa yang telah di ajar oleh Dr Norsofiah kepada kami.
Sekian sahaja entri saya kali ini, terima kasih.



Refleksi Tutorial Minggu Ke-4
            
           Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, entri kali ini mengenai tutorial minggu ke-4 yang dikendalikan oleh Dr Norsofiah. Tutorial kali ini dimulakan dengan penjelasan mengenai teori yang perlu diperaktikan dalam sesebuah kajian. Apabila diberikan data, kita perlu kaitkan teori dengan dapatan untuk menerangkan apa yang anda telah dapat. Supaya dapatan dengan teori menghasilkan perkaitan antara satu sama lain.
            
        Seterusnya, Dr Norsofiah mengadakan kuiz atas talian iaitu di web socrative. Pelajar dikehendaki menjawab soalan kuiz tersebut mengenai lakuan bahasa. Di samping itu, Dr Norsofiah mengarahkan pelajar untuk mendapatkan contoh jawapan dari facebook berdasarkan soalan kuiz yang diberikan. Pelajar diminta untuk menjawab semua soalan kuiz dalam masa 30 minit. Setelah selasai menjawab kuiz tersebut, Dr Norsofiah mula membincangkan satu persatu jawapan yang telah diberikan. Hasil dari perbincangan jawapan bagi soalan kuiz tersebut, maka pelajar dapat memahami lagi dengan lebih jelas tentang lakuan bahasa yang sebenar.


No comments:

Post a Comment

Anekdot Pengalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tiga tahun setengah tempoh pengajian di Universiti Sains Malaysia sudah pun berakhir. Terlalu ...