Saturday, January 26, 2019

Anekdot Pengalaman


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tiga tahun setengah tempoh pengajian di Universiti Sains Malaysia sudah pun berakhir. Terlalu banyak pengalaman manis dan pahit yang dirasai sepanjang tempoh pengajian di sini. Saya berasa cukup bertuah untuk mengikuti Kursus Hmt 411 yang dipimpin oleh Dr Radiah dan Dr Norsofiah yang begitu berdedikasi menyampaikan ilmu serta pengalaman yang cukup berharga kepada pelajarnya yang sukar diperolehi di tempat lain.

Sepanjang mengikuti kursus Hmt 411, pengalaman yang saya tidak akan lupakan ialah apabila bertungkus lumus menyiapkan tugasan kajian yang bertajuk “Kosa Kata Slanga kalangan Univerisiti Awam”. Saya bersyukur kerana diberikan rakan kumpulan iaitu Azrol, Ashikin dan Nadia yang begitu komited dengan tugas masing-masing. Hampir setiap hari ada saja notis pesanan masuk di aplikasi Whatsapp saya yang bertujuan bertanyakan perkembangan  tugasan masing-masing. Dari situ ia melatih saya untuk terus menyiapkan tugasan supaya tidak menjadi cacing yang kepanasan di akhir serahan tugasan nanti. Selain itu, perjumpaan dengan Dr Radiah serta Dr Sofiah akan menjadi detik-detik yang tidak akan dilupakan kerana ada saja perubahan yang perlu dilakukan setiap kali kami merujuk tugasan kami kepada mereka. Hal ini bertujuan untuk menjadikan tugasan atau penulisan kami berkualiti serta menepati apa yang diharapkan oleh pensyarah kami.

Selain itu, Keberadaan saya di Kursus Hmt 411 ini membuatkan saya lebih rapat mengenali rakan-rakan yang lain. Setiap tingkah laku dan sikap masing-masing mula saya kenali dan ia menjadi gelak tawa saya apabila bersorangan mengenangkan kembali kisah lalu. Sebabkan kursus ini lah kami menjadi rapat seperti keluarga angkat di Universiti Sains Malaysia ini. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ditakdirkan oleh yang Maha Esa untuk mengenali Dr Radiah dan Dr Norsofiah yang banyak membantu semua pelajar serta memberikan pengalaman yang begitu berharga kepada kami. Pengalaman-pengalaman ini akan membantu kami mencorakkan perjalanan hidup kami bagi menempuhi zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Setiap pendahuluan mesti ada penutupnya, setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Begitulah anturan Allah s.w.t kepada hambanya supaya kita belajar mengambil sebanyak mungkin ilmu dari manusia-manusia yang kita kenali sehingga kita berpisah suatu hari nanti. Akhir kata, terima kasih untuk pengalaman yang indah ini dan semoga kita bertemu lagi.

Anak itik berenang-renang
Air pasang tenang-tenangan
Budi sedikit bila kan hilang
itu menjadi kenang-kenangan.
Sekian Terima kasih.




Tuesday, December 18, 2018

Refleksi Kuliah Minggu ke-14 12 Disember 2018.



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Refleksi minggu ke-13 untuk kali ini mengenai langkah-langkah pengelompokan data yang ditunjukkan oleh Dr Odi melalui kaedah praktikal di dalam kelas. Tujuan langkah ini ditunjukkan adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagaimana mahu mengelompokan data-data yang diperolehi. Untuk permulaan pensyarah memberi pengelompokan data mengenai gender dan sex. Dr Odi membuat pembahagiaan dengan  cara mengasingkan lelaki dan perempuan, peringkat pendidikan, dan dialek yang dituturkan. Berdasarkan pengelompokan data, dapat dikenal pasti seramai 33 orang perempuan berada di dalam kelas, manakala bilangan lelaki hanya 3 orang. Seterusnya, dibahagikan pula pelajar mengikut peringkat pendidikan iaitu pascasiswazah dan prasiswazah. Pembahagian bagi dialek yang dituturkan dikelompokan kepada 8 kawasan iaitu, Utara, Pantai Timur, Selatan, Sabah, Selangor, Negeri  Sembilan, Melaka dan Thailand.
            
Setelah selesai langkah-langkah pengelompokan data ini, Dr Odi mengarahkan semua pelajar untuk menulis kembali langkah-langkah tadi di atas kertas dan perlu dihantar kepada Dr kembali. Akhir sekali, Dr memesan kepada pelajarnya supaya menyiapkan poster serta video bagi pelajar yang tidak menyertai “Program Taiping” pada 15 Disember 2018.

Sekian terima kasih.


Monday, December 3, 2018

Refleksi Minggu ke-12 28 November 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada hari rabu 28 November 2018 telah berlangsungnya seminar iaitu seminar: Shanon Ahmad Dalam Kenangan: Satu refleksi karya-karya Mutakhirnya. Seminar ini bertujuan mengenang jasa Shanon Ahmad dalam karya-karya penulisan nya melalui sesi pembentangan yang diadakan di dewan persidangan PPIK. Karya-karya ini dibentangkan oleh pensyarah Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan dan individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza. Shanon Ahmad merupakan seorang sasterwan negara Malaysia yang terkenal. Penulisannya terkenal dengan berbagai kata-kata yang penuhi puitis dan banyak maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada pembaca. 

Selain itu, sesi pembentangan yang menarik minat saya yang disampaikan oleh Dr.dr Roslan bin Chin yang mengupas tentang aspek alam dan agama yang banyak disentuh oleh Shanon Ahmad yang mahu mendekatkan manusia dengan pencipta kita Allah s.w.t. Pendekatan ini telah dibukukan oleh Shanon Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Revolusi yang ditangguhkan:Uzlah dalam Pemikiran Kemuhasabahan dan Kesufisme. Dalam buku ini ditekankan kepada pembaca tentang sentiasa menyelami keindahan alam semula jadi, menyusuri kerosakan keindahan alam semula jadi dan kedurjanaan manusia. Di samping itu didalam buku ini juga Shanon Ahmad mengritik golongan-golongan yang merosakan alam semula jadi. Terdapat pelbagai lagi pembentangan-pembentangan yang menarik mengenai karya-karya Shanon Ahmad yang disampaikan oleh pembentang yang membuka pandangan saya bahawa penulisan ini merupakan sesuatu yang menarik dan penuh maksud yang tersirat.

Seterusnya, sepanjang pembentang ini berlangsung, Dr Odi sentiasa memberikan soalan kuiz kepada pelajar untuk dijawab yang berkaitan dengan tajuk pembentangan. Terdapat juga soalan-soalan yang merangkumi tajuk kajian kualitatitf di mana pelajar perlu mengetahui kaitan pembentangan pada seminar tersebut  dengan kajian kualitatif. Hanya ini sahaja yang saya dapat rangkumkan sepangjang sesi seminar ini. sekian terima kasih.


Monday, November 26, 2018

Refleksi Minggu Ke- 11


          Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Refleksi minggu ke-11 untuk kali ini mengenai etika penyelidikan dan penulisan yang berkaitan dengan kualitatif. Sebelum permulaan kelas, Dr Odi telah mengarahkan pelajarnya untuk mencari dua jenis buku yang mempunyai etika penyelidikan untuk dibawa ketika kelas. Pada permulaan kelas, diadakan majlis bacaan Yassin untuk mendoakan kesembuhan Dr Rahimah yang menghidap penyakit kanser. Suasana di dalam kelas agak suram kerana Dr Odi menceritakan kisah Dr Rahimah sebelum beliau mengetahui, beliau telah menghidap penyakit kanser. Ternyata maklumat yang disampaikan oleh Dr Odi telah menyentuh hati kecil setiap pelajar Hmt 411.
            
       Setelah selesai majlis tersebut, Dr Odi mula menceritakan tentang etika penyelidikan dan perkaitan antara adab-adab yang perlu sesorang itu patuhi tidak kira ketika berurusan dengan orang sakit atau dalam membuat penyelidikian. Seterusnya, Dr Odi mengarahkan setiap kumpulan untuk membuat infografik mengenai etika penyelidikan yang terdapat dalam buku yang telah kami cari sebelum ini. Infografi tersebut harus dimuat naik di facebook untuk tatapan semua pelajar.

Sekian sahaja refleksi saya pada kali ini. Terima Kasih.

Tuesday, October 30, 2018

REFLEKSI MINGGU KE-7 23 OKTOBER 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 22 Oktober 2018 merupakan minggu Konveksyen USM yang ke-56. Pada minggu tersebut,setiap ahli kumpulan perlu merakam proses temu bual bersama graduan Doktor Falsafah (Phd) sebagai tugasan HMT 411.  Tujuan tugasan ini adalah sebagai kaedah setiap kumpulan mengumpulkan maklumat-maklumat penting yang dikongsi dari graduan Doktor Falsafah (Phd). Di samping itu, tugasan ini juga penting bagi kami untuk mengaplikasikan perkara yang telah kami pelajari semasa di dalam kelas iaitu mengenai etika sebelum mendapatkan maklumat. Sebelum kami mendapatkan maklumat mengenai Doktor Falsafah (Phd), kami terlebih dahulu menyediakan borang kebenaran untuk menembual graduan Phd serta membina hubungan mesra supaya tidak kekok dan temu bual ini berlansung dengan lancar. 

Graduan yang kami temu bual ialah, Dr Zamry Yahya yang merupakan pemegang Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan Bahan. Beliau Di lahirkan di Alor Setar Kedah dan menamatkan pengajian Phdnya selama lima tahun. Banyak input atau maklumat yang dikongsikan oleh Dr Zamry kepada kami sebagai semangat untuk kami atau pelajar diluar sana yang bercita-cita tinggi untuk meneruskan pengajian di peringkat Phd.  Rakaman temu bual ini kami telah muat naik di youtube sebagai tatapan umum bagi mereka yang bersemangat untuk meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah ini. Anda boleh ke pautan dibawah ini untuk melihat rakaman penuh temu bual bersama Dr Zamry.

https://www.youtube.com/watch?v=RmO0NnaZMxA




Seterusnya, minggu ke-7 ini, setiap kumpulan perlu menyiapkan tugasan Analysis of Variance (ANNOVA) yang merupakan kajian kuantitatif. Kami perlu membuat ujian Annova ini menggunakan perisian SPSS. Seterusnya, hasil dapatan ujian ANNOVA ini perlu di tunjukkan proses-prosesnya mendapatkan data melalui video dan di muat naik di youtube. Anda boleh ke pautan dibawah ini untuk melihat video penuh cara-cara ujian ANNOVA ini dilakukan.
https://youtu.be/YJmZK99red8?fbclid=IwAR1ULqjEHPVbHaanjMDQp86PyOQBoN3HvHxhKD_dsJ_1si-t0j9oap-Jdo8

Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai refleksi minggu ke-7, sekian terima kasih.


Thursday, October 18, 2018

REFLEKSI MINGGU KE-6



        Assalamualaikum dan salam sejahtera. Refleksi untuk kuliah minggu ke-6 masih menyentuh aspek kajian yang dilakukan oleh setiap kumpulan. Bagi kajian ini, Dr Norsofiah menjelaskan tatacara yang betul sebelum melakukan kajian iaitu perlu mempunya empat perkara penting, iaitu pelajar perlu menyiapkan empat borang:

1)Borang maklumat kajian
2)Borang keizinan
3)Borang keizinan penerbitan
4)Borang maklumat peribadi.
           
        Keempat-empat borang ini perlu disediakan sebagai satu etika dalam melakukan kajian. Selain itu, Dr Norsofiah membincangkan semula proposal kajian setiap kumpulan yang telah dibaik pulih untuk dikongsikan bersama pelajar didalam kelas. Seterusnya, Dr Norsofiah menyentuh pula aspek pemboleh ubah iaitu pembolehubah  penting untuk kajian kualitatif dan kuantitatif kerana pembolehubah merupakan entiti mempunyai nilai yang berubah-ubah dari satu individu kepada individu yang lain seperti IQ, EQ dan motivasi.

     Pemboleh ubah terbahagi kepada dua iaitu Pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar. Pembolehubah bersandar ialah boleh memberikan kesan kepada perubahan pembolehubah bersandar. Contoh, dalam penanaman pokok, baja dianggap sebagai pembolehubah tidak bersandar (bebas dari perubahan) manakala ketinggian pokok sebagai pembolehubah bersandar jika ketinggian pokok dipengaruhi oleh baja . Contoh, meningkatkan penguasaan morfologi dan sintaksis kepada pelajar, kita guna kaedah korpus. Kaedah korpus merupakan pembolehubah tidak bersandar tetapi skornya pembolehubah bersandar kerana dipengaruhi korpus. Skormya pelbagai.

      Seterusnya pensyarah membincankan pula mengenai Hipotesis . Hipotesisi merupakan pernyataan yang melibatkan pembolehubah dalam kajian. Hipotesis bukan dalam bentuk persoalan. Contoh, ujian t-test,terdapat perbezaan antara skor imbuhan kata kerja kumpulan 5 tahun dan 6 tahun. Apabila kita run t-test baru kita dapati ada perbezaan. Hanya untuk kajian kuantitatif sahaja. Hipotesisi dapat dibuktikan dengan statistik. Hipotesis nul (Ho) pula menyatakan bahawa ‘tiada perkataan’ atau ‘tiada perubahan’, ‘tiada hubungan’.Ho satu cara untuk memulakan tindakan membuat kajian dengan menganggap bahawa tiada apa-apa yang mengaitkan pembolehubah dalam kajian. Dan yang terakhir Hipotesis Alteranatif . Hipotesis yang menyatakan kecenderungan untuk mendapatkan hasil kajian dengan membina pula hipotesis kajian. Ha: terdapat perkaitan positif yang signifikan antara jumlah masa persediaan belajar dengan pencapaian dalam matematik di sekolah.

            Di akhir kuliah Dr Norsofiah meminta pelajar untuk menonton video iklan yang mempunyai maksud tersendiri untuk diambil perkara penting dari video tersebut. Menonton video tersebut merupakan satu pemerhatian bagi pelajar untuk mengesan maksud yang terkandung dalam video iklan tersebut.

Setakat ini sahaja perkongsian saya terima kasih.


Saturday, October 13, 2018

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KE-5



          
Refleksi Kuliah Minggu ke-5
        Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ini adalah perkongsian saya mengenai Kuliah HMT 411 bagi minggu ke-5. Pengisian bagi kuliah ke-5 ini mengenai pembentangan proposal kajian yang betemakan “Bahasa di USM”. Proposal kajian ini merupakan tugasan berkumpulan yang perlu dilakukan sebagai suatu projek bagi HMT 411 ini. Setiap kumpulan akan membentangkan proposal mereka untuk dinilai oleh dua orang pensyarah iaitu, Dr Radiah dan Dr Norsofiah. Hasil  dari pembentangan, pensyarah akan melakukan penilaian atau semakan bagi keseluruhan kandungan proposal yang dibentangkan supaya setiap kumpulan dapat mengesan kekurangan dan kelemahan yang ada untuk melakukan penambaikan.
            
           Selain itu, daripada pembentangan ini setiap kumpulan akan lebih memperoleh pencerahan bagi keseluruhan proposal ini. Misalnya mengenai metodologi kajian yang digunakan oleh setiap kumpulan yang perlu lebih spesifik dan membantu untuk dapatkan data kajian. Disamping itu, teori-teori yang digunakan oleh setiap kumpulan dalam sesuatu kajian, perlu difahami dengan lebih jelas serta berkait dengan kajian yang ingin dilakukan.
Sekian sahaja dari saya, Terima kasih.



Refleksi Tutorial Minggu ke-5

        Assalamualaikum dan salam sejahtera ini adalah perkongsian saya mengenai Tutorial HMT 411 minggu ke-5. Pengisian bagi tutorial ini ialah mengenai penggunaan perisian Statistical Package for Social Studies (SPSS). Perisian ini merupakan perisian yang memudahkan pelajar untuk membuat pengiraan data kajian yang diperoleh melalui penggunan SPSS ini. Dr Norsofiah telah mengedarkan data kajian yang perlu kami lakukan pengiraan menggunakan SPSS ini.Dr Norsofiah akan menunjukkan cara-cara penggunaanya kepada kami supaya dapat difahami dengan lebih jelas. Pelajar diperuntukan 40 minit untuk menyiapkan tugasan ini dan seterusnya akan dibincankan hasil oleh Dr Norsofiah bagi memastikan pengiraan data tersebut adalah betul.


Anekdot Pengalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tiga tahun setengah tempoh pengajian di Universiti Sains Malaysia sudah pun berakhir. Terlalu ...