Saturday, September 22, 2018

REFLEKSI KULIAH KEDUA HMT 411 (PENYELIDIKAN) 19 SEPTEMBER 2018.



        Kuliah kedua HMT 411 dimulakan dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Norsofiah mengenai“kenapa penyelidikan dilakukan” ?. Pelajar diminta untuk menjawab persoalan ini dengan jawapan yang tepat. Tujuan persoalan ini ditimbulkan bersesuaian dengan tajuk kuliah kedua ini mengenai penyelidikan.
            
          Penyelidikan merupakan satu kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat dan bukti bagi sesuatu persoalan atau ketidakpastian mengenai sesuatu perkara. Penyelidikan yang dilakukan inilah yang akan menjawab setiap pernyataan atau persoalan yang masih belum jelas kebenaranya. Penyelidikan ini juga menjadi bukti dan juga dapat membetulkan kajian-kajian yang terdahulu yang pernah dilakukan oleh para pengkaji. Oleh itu setiap pernyataan yang dibuat mestilah ada penyelidikan untuk membuktikannya.
            
        Selain itu, Dr Norsofiah memberikan perbezaan antara kaedah kuantitatif dengan kaedah kualitatif. Kaedah kuantitatif ini melibatkan angka atau nombor sebagai data kajian. Kaedah kuantitatif ini melibatkan positivis, eksperimen, data numerikal dan ujian statistik. Manakala kaedah kualitatif mementingkan aspek huraian. Kaedah ini berdasarkan interpretif, penghuraian dan kajian lapangan yang dilakukan. Oleh itu, kedua-dua kaedah ini saling memerlukan untuk membuktikan sesuatu pernyataan itu benar berdasarkan huraian yang tepat serta data-data yang diperoleh melalui kajian yang dilakukan.
            
      Mengakhir kuliah kedua ini, Dr Norsofiah, memberikan tugasan kepada pelajar untuk memperaktikan apa yang telah dipelajari oleh pelajar bagi kuliah yang kedua ini. Pelajar dikehendaki untuk mengesan masalah, rumusan melalui sorotan kajian, kaedah kajian, dapatan kajian, kesimpulan, objektif dan teori didalam artikel yang dikongsi oleh pensyarah. Oleh itu, dengan tugasan yang telah diberikan,sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk memahami apa itu penyelidikan yang sebenarnya. 


No comments:

Post a Comment

Anekdot Pengalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tiga tahun setengah tempoh pengajian di Universiti Sains Malaysia sudah pun berakhir. Terlalu ...