Wednesday, September 12, 2018

Refleksi Kuliah Pertama HMT 411



       Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri yang pertama ini bertujuan menceritakan serba sedikit mengenai kuliah  pertama bagi subjek HMT 411-Teori dan kaedah dalam penyelidikan linguistik. Pada awal permulaan kelas, pelajar telah diberitahu mengenai tugasan-tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar sepanjang semester ini. Tugasan-tugasan yang dilakukan ini sebagai keperluan mempersiapkan diri pelajar untuk melakukan tugasan yang lebih mencabar lagi.  
            
        Pensyarah telah memperjelaskan pula tentang kaedah kualitatif dan kuantitatif kepada pelajar supaya dapat memahaminya untuk peringkat awal ini. Penjelasan ini berdasarkan bahan-bahan yang telah dikongsikan oleh pensyarah seperti artikel dan video-video yang berkaitan dengan kaedah kualitatif dan kuantitatif.
            
      Selain itu, pelajar diingkatkan tentang adab-adab atau peraturan yang perlu dipatuhi ketika menjalankan kaedah kualitatif ini. Hal ini kerana kaedah ini memerlukan pelajar untuk berkomunikasi dengan individu atau masyarakat bagi mendapatkan bahan atau data yang diperlukan dalam kajian mereka. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai adab dan menghormati individu atau masyarakat yang akan didekati oleh mereka nanti.
            
      Seterusnya, pensyarah mengadakan satu kuiz berkumpulan mengenai latar belakang sesorang pelajar didalam kelas ini supaya pelajar dapat mengenali rakan lain dengan lebih rapat lagi. Sejurus tamat aktiviti kuiz, pelajar diminta untuk melakukan satu sesi temu bual sebagai permulaan awal pelajar untuk memperaktikan kaedah kualitatif ini dalam sesi temu bual tersebut. Setelah selesai, pelajar dimintak pula oleh pensyarah untuk membincangkan mengenai infografik kaedah kualitatif ini secara berkumpulan. Hasil perbincangan, pelajar perlu menyiapkan infografik ini berdasarkan idea-idea perbincangan yang telah dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Anekdot Pengalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tiga tahun setengah tempoh pengajian di Universiti Sains Malaysia sudah pun berakhir. Terlalu ...