Saturday, January 26, 2019

Anekdot Pengalaman


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tiga tahun setengah tempoh pengajian di Universiti Sains Malaysia sudah pun berakhir. Terlalu banyak pengalaman manis dan pahit yang dirasai sepanjang tempoh pengajian di sini. Saya berasa cukup bertuah untuk mengikuti Kursus Hmt 411 yang dipimpin oleh Dr Radiah dan Dr Norsofiah yang begitu berdedikasi menyampaikan ilmu serta pengalaman yang cukup berharga kepada pelajarnya yang sukar diperolehi di tempat lain.

Sepanjang mengikuti kursus Hmt 411, pengalaman yang saya tidak akan lupakan ialah apabila bertungkus lumus menyiapkan tugasan kajian yang bertajuk “Kosa Kata Slanga kalangan Univerisiti Awam”. Saya bersyukur kerana diberikan rakan kumpulan iaitu Azrol, Ashikin dan Nadia yang begitu komited dengan tugas masing-masing. Hampir setiap hari ada saja notis pesanan masuk di aplikasi Whatsapp saya yang bertujuan bertanyakan perkembangan  tugasan masing-masing. Dari situ ia melatih saya untuk terus menyiapkan tugasan supaya tidak menjadi cacing yang kepanasan di akhir serahan tugasan nanti. Selain itu, perjumpaan dengan Dr Radiah serta Dr Sofiah akan menjadi detik-detik yang tidak akan dilupakan kerana ada saja perubahan yang perlu dilakukan setiap kali kami merujuk tugasan kami kepada mereka. Hal ini bertujuan untuk menjadikan tugasan atau penulisan kami berkualiti serta menepati apa yang diharapkan oleh pensyarah kami.

Selain itu, Keberadaan saya di Kursus Hmt 411 ini membuatkan saya lebih rapat mengenali rakan-rakan yang lain. Setiap tingkah laku dan sikap masing-masing mula saya kenali dan ia menjadi gelak tawa saya apabila bersorangan mengenangkan kembali kisah lalu. Sebabkan kursus ini lah kami menjadi rapat seperti keluarga angkat di Universiti Sains Malaysia ini. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ditakdirkan oleh yang Maha Esa untuk mengenali Dr Radiah dan Dr Norsofiah yang banyak membantu semua pelajar serta memberikan pengalaman yang begitu berharga kepada kami. Pengalaman-pengalaman ini akan membantu kami mencorakkan perjalanan hidup kami bagi menempuhi zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Setiap pendahuluan mesti ada penutupnya, setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Begitulah anturan Allah s.w.t kepada hambanya supaya kita belajar mengambil sebanyak mungkin ilmu dari manusia-manusia yang kita kenali sehingga kita berpisah suatu hari nanti. Akhir kata, terima kasih untuk pengalaman yang indah ini dan semoga kita bertemu lagi.

Anak itik berenang-renang
Air pasang tenang-tenangan
Budi sedikit bila kan hilang
itu menjadi kenang-kenangan.
Sekian Terima kasih.




No comments:

Post a Comment

Anekdot Pengalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tiga tahun setengah tempoh pengajian di Universiti Sains Malaysia sudah pun berakhir. Terlalu ...