Thursday, October 18, 2018

REFLEKSI MINGGU KE-6



        Assalamualaikum dan salam sejahtera. Refleksi untuk kuliah minggu ke-6 masih menyentuh aspek kajian yang dilakukan oleh setiap kumpulan. Bagi kajian ini, Dr Norsofiah menjelaskan tatacara yang betul sebelum melakukan kajian iaitu perlu mempunya empat perkara penting, iaitu pelajar perlu menyiapkan empat borang:

1)Borang maklumat kajian
2)Borang keizinan
3)Borang keizinan penerbitan
4)Borang maklumat peribadi.
           
        Keempat-empat borang ini perlu disediakan sebagai satu etika dalam melakukan kajian. Selain itu, Dr Norsofiah membincangkan semula proposal kajian setiap kumpulan yang telah dibaik pulih untuk dikongsikan bersama pelajar didalam kelas. Seterusnya, Dr Norsofiah menyentuh pula aspek pemboleh ubah iaitu pembolehubah  penting untuk kajian kualitatif dan kuantitatif kerana pembolehubah merupakan entiti mempunyai nilai yang berubah-ubah dari satu individu kepada individu yang lain seperti IQ, EQ dan motivasi.

     Pemboleh ubah terbahagi kepada dua iaitu Pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar. Pembolehubah bersandar ialah boleh memberikan kesan kepada perubahan pembolehubah bersandar. Contoh, dalam penanaman pokok, baja dianggap sebagai pembolehubah tidak bersandar (bebas dari perubahan) manakala ketinggian pokok sebagai pembolehubah bersandar jika ketinggian pokok dipengaruhi oleh baja . Contoh, meningkatkan penguasaan morfologi dan sintaksis kepada pelajar, kita guna kaedah korpus. Kaedah korpus merupakan pembolehubah tidak bersandar tetapi skornya pembolehubah bersandar kerana dipengaruhi korpus. Skormya pelbagai.

      Seterusnya pensyarah membincankan pula mengenai Hipotesis . Hipotesisi merupakan pernyataan yang melibatkan pembolehubah dalam kajian. Hipotesis bukan dalam bentuk persoalan. Contoh, ujian t-test,terdapat perbezaan antara skor imbuhan kata kerja kumpulan 5 tahun dan 6 tahun. Apabila kita run t-test baru kita dapati ada perbezaan. Hanya untuk kajian kuantitatif sahaja. Hipotesisi dapat dibuktikan dengan statistik. Hipotesis nul (Ho) pula menyatakan bahawa ‘tiada perkataan’ atau ‘tiada perubahan’, ‘tiada hubungan’.Ho satu cara untuk memulakan tindakan membuat kajian dengan menganggap bahawa tiada apa-apa yang mengaitkan pembolehubah dalam kajian. Dan yang terakhir Hipotesis Alteranatif . Hipotesis yang menyatakan kecenderungan untuk mendapatkan hasil kajian dengan membina pula hipotesis kajian. Ha: terdapat perkaitan positif yang signifikan antara jumlah masa persediaan belajar dengan pencapaian dalam matematik di sekolah.

            Di akhir kuliah Dr Norsofiah meminta pelajar untuk menonton video iklan yang mempunyai maksud tersendiri untuk diambil perkara penting dari video tersebut. Menonton video tersebut merupakan satu pemerhatian bagi pelajar untuk mengesan maksud yang terkandung dalam video iklan tersebut.

Setakat ini sahaja perkongsian saya terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Anekdot Pengalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tiga tahun setengah tempoh pengajian di Universiti Sains Malaysia sudah pun berakhir. Terlalu ...