Sunday, September 30, 2018

Refleksi tutorial dan kuliah 3 (27 september 2018)



            

           Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini adalah entri mengenai refleksi tutorial dan kuliah HMT 411 bagi minggu ke tiga. Tutorial pertama bagi HMT 411 bermula pada hari Rabu pukul 11-12 tengah hari yang dikendalikan oleh Dr Norsofiah. Tutorial dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah. Setererusnya Dr Norsofiah mengarahkan pelajar untuk menjawab kuiz berkenaan tajuk minggu ke dua di laman web edpuzzle. Soalan bagi kuiz ini ialah berkenaan eksperimen, kuasi, keratin rentas, tinjuan dan juga longitud. Pelajar di minta menjawab kesemua soalan dalam tempoh 30 minit. Sejurus tamat kuiz yang dijawab oleh para pelajar, Dr Norsofiah mula membincangkan kesemua jawapan kuiz untuk memberikan pemahaman dan penjelasan yang lebih lanjut mengenai kajian kuantitatif.
           
         Seterusnya selepas tamat kelas tutorial, kelas kuliah pula bermula pada pukul 12 hingga 3 petang. Kuliah ini juga dikendalikan oleh Dr Norsofiah yang menyentuh aspek untuk melakukan Kajian literatur dan Research Gap. Dr Norsofiah memberikan pemahaman kepada pelajar mengenai tatacara melakukan kajian literatur dan Research gap berpandukan artikel-artikel yang perlu dibaca oleh kami. Disamping itu juga, Dr Norsofiah menunjukkan cara membuat kajian literatur dan Research Gap menerusi laman web youtube bagi memudahkan kami untuk melakukannya.
            
          Setelah penerangan yang jelas oleh Dr Norsofiah mengenai kajian literatur dan research gap, Dr Norsofiah mula mengarahkan kami untuk membentuk kumpulan bagi melakukan tugasan iaitu membincangkan tentang empat artikel yang perlu dibaca oleh kami dan seterusnya kami dikehendaki membentangkan hasil dapatan kami dihadapan Dr dan rakan-rakan yang lain. Dapatan bagi artikel yang perlu kami cari ialah, mengenai tahun artikel, nama pengarang, objektif kajian, kaedah kajian, kelebihan dan kekurangan artikel tersebut dan dapatan kajian bagi setiap artikel yang dibincangkan.
           
         Selanjutnya, Dr Norsofiah mula membincangkan tugasan atau projek berkumpulan yang perlu dilaksanakan. Projek ini bertemakan bahasa di USM dan pelajar dikehendaki melakukanya dengan mengaplikasikan perkara-pekara yang telah diajarkan semasa kuliah iaitu mengenai kajian kuantitatif. Pelajar diminta untuk membentangkan proposal berkenaan projek yang perlu dilakukan pada minggu ke 5 nanti.

Wednesday, September 26, 2018

Infografik Artikel "Rebutan Hak Cipta dan Hak Penerbitan" Oleh Puan Nisah Haji Haron.



           Asalamualaikum dan salam sejahtera, entri kali ini mengenai artikel Puan Nisah Haron iaitu Rebutan Hak Cipta dan Hak penerbitan. Artikel ini mengenai undang-undang hak cipta yang telah diwujudkan supaya bahan penulisan tidak ciplak oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, mana-mana pihak atau individu yang melanggar hak cipta ini akan berdepan tindakan tegas seperti didenda dan juga dipenjara kerana menciplak penulisan seseorang pengkarya. Disamping itu juga, artikel ini menekankan Undang-undang Akta Hak cipta  untuk menggalakkan kemajuan dalam bidang seni dan sains dan menjamin pulangan yang adil kepada pencipta karya supaya kesinambungan kreativiti berlangsung dengan baik.

Monday, September 24, 2018

ELEMEN-ELEMEN DALAM CERPEN "LEMANG NAN SEBATANG" KARYA NISAH HARON


           Cerpen ‘Lemang Nan Sebatang’ ini merupakan karya Nisah Haron yang diterbitkan pada tahun 2011. Cerpen ini melatar belakangkan masyarakat Negeri Sembilan yang mengamalkan adat pepatih .Cerpen ini mengisahkan tentang hubungan yang erat antara Angah dan Ibu saudaranya Busu. Namun begitu, hubungan yang erat antara mereka berdua secara tiba-tiba renggang disebabkan isu pewarisan tanah dikampung. Hal ini kerana, Angah tidak berpuas hati apabila tanah yang telah diusahakannya telah Busu berikan kepada sepupunya, Kak Long Halimah disebabkan adat pepatih yang diamalkan oleh Busu, dimana wanita diberikan keutamaan bagi mewarisi harta.  Maka, disebabkan itulah hubungan mereka menjadi renggang dan Angah sudah tidak pulang ke kampung selama 10 tahun.
            
         Kisah silam antara Angah dan Busu mula dikenang apabila anak perempuan Angah mengajaknya untuk memasak Lemang. Namun ajakannya anaknya itu,tidak diendahkan Angah kerana masih teringatkan kisah silamnya dikampung serta hatinya tidak dapat menerima tindakan yang dilakukan oleh Busunya. Walaubagaimanapun, perasaan itu mula berubah apabila Angah melihat gambar dia bersama Busu serta karangan e-mel yang belum dikirimkan kepada rakannya Elizabeth menerusi skrin komputer riba milik anaknya. Karangan e-mel anaknya itu mengenai falsafah Lemang yang dapat dikaitkan dengan masyarakat Melayu telah membuatkan hati kecil Angah sebak dan terdetik untuk pulang ke kampung bagi menemui Busu dikampung bersama keluarganya.
            
           Dapat disimpulkan disini bahawa penulis cuba mengkaitkan isi-isi dalam penceritaan ini dengan makanan Lemang yang sudah sinonim dengan masyarakat Melayu yang mempunyai banyak makna yang tersirat. Disamping itu juga, penulis menggunakan latar masa iaitu pada bulan puasa iaitu ramadan untuk menguatkan lagi cerpen ini bersesuaian dengan tajuknya dimana kita dapat fahami ketika bulan ramadan menjelma hidangan Lemang ini akan ditemui. Akhir sekali, walaupun hubungan Busu dan Angah yang sangat rapat, apabila soal perwarisan harta, Busu masih utamakan adat yang telah diwarisi sejak sekian lama.



Saturday, September 22, 2018

REFLEKSI BENGKEL

          Assalamualaikum dan salam sejatera semua. Refleksi hari ini berkenaan bengkel penulisan yang terakhir. Bengkel penulisan ini dikelolakan oleh Dr Radiah Yusoff dari jam 9.00 pagi hingga 5 petang. Pengisian  bengkel ini lebih tertumpu kepada kemahiran asas menguasai aplikasi yang membantu sebagai seorang pelajar linguistik. Antara aplikasi yang diajarkan kepada pelajar untuk dikuasai ialah, 'Google site' dan 'Google Doc'. 

       Peranan aplikasi ini lebih kepada untuk menyampaikan maklumat dan ilmu kepada sesiapa sahaja yang mengakses aplikasi ni. Disamping itu, aplikasi ini memudahkan sesiapa sahaja untuk mencari maklumat dengan hanya mengklik pautan yang diinginkan. Selain itu, aplikasi juga boleh mempromosikan diri seorang untuk mencari pekerjaan. 

         Akhir skali, Dr Radiah mengajar tentang langkah-langkah untuk menyunting cerpen diperingkat awal. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk menguasai kemahiran menyunting  dalam diri pelajar berdasarkan ilmu bahasa yang dikuasai. 

REFLEKSI KULIAH KEDUA HMT 411 (PENYELIDIKAN) 19 SEPTEMBER 2018.



        Kuliah kedua HMT 411 dimulakan dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Norsofiah mengenai“kenapa penyelidikan dilakukan” ?. Pelajar diminta untuk menjawab persoalan ini dengan jawapan yang tepat. Tujuan persoalan ini ditimbulkan bersesuaian dengan tajuk kuliah kedua ini mengenai penyelidikan.
            
          Penyelidikan merupakan satu kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat dan bukti bagi sesuatu persoalan atau ketidakpastian mengenai sesuatu perkara. Penyelidikan yang dilakukan inilah yang akan menjawab setiap pernyataan atau persoalan yang masih belum jelas kebenaranya. Penyelidikan ini juga menjadi bukti dan juga dapat membetulkan kajian-kajian yang terdahulu yang pernah dilakukan oleh para pengkaji. Oleh itu setiap pernyataan yang dibuat mestilah ada penyelidikan untuk membuktikannya.
            
        Selain itu, Dr Norsofiah memberikan perbezaan antara kaedah kuantitatif dengan kaedah kualitatif. Kaedah kuantitatif ini melibatkan angka atau nombor sebagai data kajian. Kaedah kuantitatif ini melibatkan positivis, eksperimen, data numerikal dan ujian statistik. Manakala kaedah kualitatif mementingkan aspek huraian. Kaedah ini berdasarkan interpretif, penghuraian dan kajian lapangan yang dilakukan. Oleh itu, kedua-dua kaedah ini saling memerlukan untuk membuktikan sesuatu pernyataan itu benar berdasarkan huraian yang tepat serta data-data yang diperoleh melalui kajian yang dilakukan.
            
      Mengakhir kuliah kedua ini, Dr Norsofiah, memberikan tugasan kepada pelajar untuk memperaktikan apa yang telah dipelajari oleh pelajar bagi kuliah yang kedua ini. Pelajar dikehendaki untuk mengesan masalah, rumusan melalui sorotan kajian, kaedah kajian, dapatan kajian, kesimpulan, objektif dan teori didalam artikel yang dikongsi oleh pensyarah. Oleh itu, dengan tugasan yang telah diberikan,sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk memahami apa itu penyelidikan yang sebenarnya. 


Wednesday, September 12, 2018

Refleksi Kuliah Pertama HMT 411



       Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri yang pertama ini bertujuan menceritakan serba sedikit mengenai kuliah  pertama bagi subjek HMT 411-Teori dan kaedah dalam penyelidikan linguistik. Pada awal permulaan kelas, pelajar telah diberitahu mengenai tugasan-tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar sepanjang semester ini. Tugasan-tugasan yang dilakukan ini sebagai keperluan mempersiapkan diri pelajar untuk melakukan tugasan yang lebih mencabar lagi.  
            
        Pensyarah telah memperjelaskan pula tentang kaedah kualitatif dan kuantitatif kepada pelajar supaya dapat memahaminya untuk peringkat awal ini. Penjelasan ini berdasarkan bahan-bahan yang telah dikongsikan oleh pensyarah seperti artikel dan video-video yang berkaitan dengan kaedah kualitatif dan kuantitatif.
            
      Selain itu, pelajar diingkatkan tentang adab-adab atau peraturan yang perlu dipatuhi ketika menjalankan kaedah kualitatif ini. Hal ini kerana kaedah ini memerlukan pelajar untuk berkomunikasi dengan individu atau masyarakat bagi mendapatkan bahan atau data yang diperlukan dalam kajian mereka. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai adab dan menghormati individu atau masyarakat yang akan didekati oleh mereka nanti.
            
      Seterusnya, pensyarah mengadakan satu kuiz berkumpulan mengenai latar belakang sesorang pelajar didalam kelas ini supaya pelajar dapat mengenali rakan lain dengan lebih rapat lagi. Sejurus tamat aktiviti kuiz, pelajar diminta untuk melakukan satu sesi temu bual sebagai permulaan awal pelajar untuk memperaktikan kaedah kualitatif ini dalam sesi temu bual tersebut. Setelah selesai, pelajar dimintak pula oleh pensyarah untuk membincangkan mengenai infografik kaedah kualitatif ini secara berkumpulan. Hasil perbincangan, pelajar perlu menyiapkan infografik ini berdasarkan idea-idea perbincangan yang telah dijalankan.

Refleksi Rangka Krusus HMT 411


         Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri Pertama saya  ini mengenai rangka krusus Subjek HMT 411:Teori dan kaedah dalam penyelidikan linguistik. Krusus ini merupakan krusus elektif yang menawarkan 4 unit. Ia menjadi pilihan kepada pelajar untuk mengambilnya. Krusus ini diajar oleh dua orang pensyarah iaitu Dr Radiah dan Dr NorSofea. Kelas ini akan bermula pada setiap hari rabu dari jam 12:00 tengah hari hingga 3 petang dan tutorial pada hari khamis. Tugasan bagi subjek ini sebanyak 70 % manakala peperiksaan akhir 30%.
            
          Pada awal permulaan, pelajar diberi pengenalan mengenai teori dan kaedah dalam penyelidikan linguistik ini. Subjek ini berfokuskan tentang teori dan kaedah linguisitk seperti kualitatif dan kuantitatif. Pelajar perlu memahami kaedah ini sebagai panduan untuk melakukan kajian penyelidikan linguisitik nanti. Bagi setiap sesi kelas pada hari rabu, pelajar akan menerima input-input penting yang akan disampaikan oleh kedua-dua pensyarah serta tugasan-tugasan dalam kelas. Input-input ini akan menjadi panduan kepada pelajar untuk memahami apa itu kaedah kualitatif dan kuantitatif dan cara pemerolehannya.
           
        Disamping itu, pensyarah krusus ini akan menggunakan medium elektronik seperti aplikasi Whatsapps, Telegram dan juga Facebook untuk menyalurkan maklumat dan bahan bacaan tambahan sebagai rujukan kepada pelajar dan selebihnya usaha pelajar sendiri bagi mencari maklumat tambahan. Cara untuk menghantar tugasan juga turut diberitahu oleh pensyarah kepada pelajar supaya mematuhi penghantaran tugasan yang betul. Selain itu etika berpakaian juga disentuh oleh pensyarah supaya pelajar dapat berpakaian kemas untuk ke kelas.
           
         Akhir sekali, pensyarah memberi peringatan kepada pelajar yang lewat untuk menyediakan surat tunjuk sebab jika lewat ke kelas serta perkongsian artikel mengenai kepentingan menuntut ilmu dan adab-adab menuntut ilmu yang harus diperaktikan oleh pelajar supaya mendapat manfaat dari nya.
           


Anekdot Pengalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tiga tahun setengah tempoh pengajian di Universiti Sains Malaysia sudah pun berakhir. Terlalu ...