Tuesday, October 30, 2018

REFLEKSI MINGGU KE-7 23 OKTOBER 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 22 Oktober 2018 merupakan minggu Konveksyen USM yang ke-56. Pada minggu tersebut,setiap ahli kumpulan perlu merakam proses temu bual bersama graduan Doktor Falsafah (Phd) sebagai tugasan HMT 411.  Tujuan tugasan ini adalah sebagai kaedah setiap kumpulan mengumpulkan maklumat-maklumat penting yang dikongsi dari graduan Doktor Falsafah (Phd). Di samping itu, tugasan ini juga penting bagi kami untuk mengaplikasikan perkara yang telah kami pelajari semasa di dalam kelas iaitu mengenai etika sebelum mendapatkan maklumat. Sebelum kami mendapatkan maklumat mengenai Doktor Falsafah (Phd), kami terlebih dahulu menyediakan borang kebenaran untuk menembual graduan Phd serta membina hubungan mesra supaya tidak kekok dan temu bual ini berlansung dengan lancar. 

Graduan yang kami temu bual ialah, Dr Zamry Yahya yang merupakan pemegang Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan Bahan. Beliau Di lahirkan di Alor Setar Kedah dan menamatkan pengajian Phdnya selama lima tahun. Banyak input atau maklumat yang dikongsikan oleh Dr Zamry kepada kami sebagai semangat untuk kami atau pelajar diluar sana yang bercita-cita tinggi untuk meneruskan pengajian di peringkat Phd.  Rakaman temu bual ini kami telah muat naik di youtube sebagai tatapan umum bagi mereka yang bersemangat untuk meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah ini. Anda boleh ke pautan dibawah ini untuk melihat rakaman penuh temu bual bersama Dr Zamry.

https://www.youtube.com/watch?v=RmO0NnaZMxA




Seterusnya, minggu ke-7 ini, setiap kumpulan perlu menyiapkan tugasan Analysis of Variance (ANNOVA) yang merupakan kajian kuantitatif. Kami perlu membuat ujian Annova ini menggunakan perisian SPSS. Seterusnya, hasil dapatan ujian ANNOVA ini perlu di tunjukkan proses-prosesnya mendapatkan data melalui video dan di muat naik di youtube. Anda boleh ke pautan dibawah ini untuk melihat video penuh cara-cara ujian ANNOVA ini dilakukan.
https://youtu.be/YJmZK99red8?fbclid=IwAR1ULqjEHPVbHaanjMDQp86PyOQBoN3HvHxhKD_dsJ_1si-t0j9oap-Jdo8

Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai refleksi minggu ke-7, sekian terima kasih.


Thursday, October 18, 2018

REFLEKSI MINGGU KE-6



        Assalamualaikum dan salam sejahtera. Refleksi untuk kuliah minggu ke-6 masih menyentuh aspek kajian yang dilakukan oleh setiap kumpulan. Bagi kajian ini, Dr Norsofiah menjelaskan tatacara yang betul sebelum melakukan kajian iaitu perlu mempunya empat perkara penting, iaitu pelajar perlu menyiapkan empat borang:

1)Borang maklumat kajian
2)Borang keizinan
3)Borang keizinan penerbitan
4)Borang maklumat peribadi.
           
        Keempat-empat borang ini perlu disediakan sebagai satu etika dalam melakukan kajian. Selain itu, Dr Norsofiah membincangkan semula proposal kajian setiap kumpulan yang telah dibaik pulih untuk dikongsikan bersama pelajar didalam kelas. Seterusnya, Dr Norsofiah menyentuh pula aspek pemboleh ubah iaitu pembolehubah  penting untuk kajian kualitatif dan kuantitatif kerana pembolehubah merupakan entiti mempunyai nilai yang berubah-ubah dari satu individu kepada individu yang lain seperti IQ, EQ dan motivasi.

     Pemboleh ubah terbahagi kepada dua iaitu Pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar. Pembolehubah bersandar ialah boleh memberikan kesan kepada perubahan pembolehubah bersandar. Contoh, dalam penanaman pokok, baja dianggap sebagai pembolehubah tidak bersandar (bebas dari perubahan) manakala ketinggian pokok sebagai pembolehubah bersandar jika ketinggian pokok dipengaruhi oleh baja . Contoh, meningkatkan penguasaan morfologi dan sintaksis kepada pelajar, kita guna kaedah korpus. Kaedah korpus merupakan pembolehubah tidak bersandar tetapi skornya pembolehubah bersandar kerana dipengaruhi korpus. Skormya pelbagai.

      Seterusnya pensyarah membincankan pula mengenai Hipotesis . Hipotesisi merupakan pernyataan yang melibatkan pembolehubah dalam kajian. Hipotesis bukan dalam bentuk persoalan. Contoh, ujian t-test,terdapat perbezaan antara skor imbuhan kata kerja kumpulan 5 tahun dan 6 tahun. Apabila kita run t-test baru kita dapati ada perbezaan. Hanya untuk kajian kuantitatif sahaja. Hipotesisi dapat dibuktikan dengan statistik. Hipotesis nul (Ho) pula menyatakan bahawa ‘tiada perkataan’ atau ‘tiada perubahan’, ‘tiada hubungan’.Ho satu cara untuk memulakan tindakan membuat kajian dengan menganggap bahawa tiada apa-apa yang mengaitkan pembolehubah dalam kajian. Dan yang terakhir Hipotesis Alteranatif . Hipotesis yang menyatakan kecenderungan untuk mendapatkan hasil kajian dengan membina pula hipotesis kajian. Ha: terdapat perkaitan positif yang signifikan antara jumlah masa persediaan belajar dengan pencapaian dalam matematik di sekolah.

            Di akhir kuliah Dr Norsofiah meminta pelajar untuk menonton video iklan yang mempunyai maksud tersendiri untuk diambil perkara penting dari video tersebut. Menonton video tersebut merupakan satu pemerhatian bagi pelajar untuk mengesan maksud yang terkandung dalam video iklan tersebut.

Setakat ini sahaja perkongsian saya terima kasih.


Saturday, October 13, 2018

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KE-5



          
Refleksi Kuliah Minggu ke-5
        Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ini adalah perkongsian saya mengenai Kuliah HMT 411 bagi minggu ke-5. Pengisian bagi kuliah ke-5 ini mengenai pembentangan proposal kajian yang betemakan “Bahasa di USM”. Proposal kajian ini merupakan tugasan berkumpulan yang perlu dilakukan sebagai suatu projek bagi HMT 411 ini. Setiap kumpulan akan membentangkan proposal mereka untuk dinilai oleh dua orang pensyarah iaitu, Dr Radiah dan Dr Norsofiah. Hasil  dari pembentangan, pensyarah akan melakukan penilaian atau semakan bagi keseluruhan kandungan proposal yang dibentangkan supaya setiap kumpulan dapat mengesan kekurangan dan kelemahan yang ada untuk melakukan penambaikan.
            
           Selain itu, daripada pembentangan ini setiap kumpulan akan lebih memperoleh pencerahan bagi keseluruhan proposal ini. Misalnya mengenai metodologi kajian yang digunakan oleh setiap kumpulan yang perlu lebih spesifik dan membantu untuk dapatkan data kajian. Disamping itu, teori-teori yang digunakan oleh setiap kumpulan dalam sesuatu kajian, perlu difahami dengan lebih jelas serta berkait dengan kajian yang ingin dilakukan.
Sekian sahaja dari saya, Terima kasih.



Refleksi Tutorial Minggu ke-5

        Assalamualaikum dan salam sejahtera ini adalah perkongsian saya mengenai Tutorial HMT 411 minggu ke-5. Pengisian bagi tutorial ini ialah mengenai penggunaan perisian Statistical Package for Social Studies (SPSS). Perisian ini merupakan perisian yang memudahkan pelajar untuk membuat pengiraan data kajian yang diperoleh melalui penggunan SPSS ini. Dr Norsofiah telah mengedarkan data kajian yang perlu kami lakukan pengiraan menggunakan SPSS ini.Dr Norsofiah akan menunjukkan cara-cara penggunaanya kepada kami supaya dapat difahami dengan lebih jelas. Pelajar diperuntukan 40 minit untuk menyiapkan tugasan ini dan seterusnya akan dibincankan hasil oleh Dr Norsofiah bagi memastikan pengiraan data tersebut adalah betul.


Thursday, October 4, 2018

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Ke-4


Refleksi Kuliah Minggu Ke-4

       Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kali ini menceritakan mengenai Kuliah minggu Ke 4. Kuliah ini seperti biasa dikendalikan oleh Dr Norsofiah yang menyentuh aspek Data kuantitatif.  Bagi data kuantitatif ini ia melibatkan statistik. Statistik dibahagikan kepada dua iaitu inferensi dan deskriptif. Dr Norsofiah hanya menyentuh dari aspek deskriptif sahaja. Statistik despkriptif ini melibatkan pengiraan min, mod, media, dan sisihan piawai. Digunakan untuk menghurai ciri-ciri pembolehubah.
            
       Seterusnya, Dr Norsofiah menjelaskan mengenai data nominal,data ordinal,skala selang dan skala nisbah. Data nominal ialah mengkategori tanpa menyusun kategori tersebut dan kategori tersebut tiada nilai. Data ordinal pula, mengkategori dan menyusun kategori mengikut urutan tertentu. Skala selang ialah mengkategori, menyusun kategori dan membina unit yang sama. Dan yang terakhir skala nisbah yang mengkategori, menyusun kategori mengandungi nilai sifar sebenar.
            
          Selepas tamat sesi pencerahan mengenai bagaimana untuk mendapatkan min, mod, median, dan sisihan piawai, Dr Norsofiah mula menerapakan segala penjelasan yang diajar tadi melalui latihan yang disediakan oleh Dr Norsofiah.Di dalam latihan ini, para pelajar perlu mencari  nilai bagi min, mod, median dan sisihan piawai dengan tepat. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan dan perlu dihantar pada Dr Norsofiah. Sejurus tamatnya latihan tersebut, Dr Norsofiah mengadakan kuiz secara talian di kahoot.com. Kuiz ini berkenaan statistik deskriptif juga. Pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang dikemukan menerusi telefon bimbit. Soalan yang diberikan merangkumi apa yang telah di ajar oleh Dr Norsofiah kepada kami.
Sekian sahaja entri saya kali ini, terima kasih.



Refleksi Tutorial Minggu Ke-4
            
           Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, entri kali ini mengenai tutorial minggu ke-4 yang dikendalikan oleh Dr Norsofiah. Tutorial kali ini dimulakan dengan penjelasan mengenai teori yang perlu diperaktikan dalam sesebuah kajian. Apabila diberikan data, kita perlu kaitkan teori dengan dapatan untuk menerangkan apa yang anda telah dapat. Supaya dapatan dengan teori menghasilkan perkaitan antara satu sama lain.
            
        Seterusnya, Dr Norsofiah mengadakan kuiz atas talian iaitu di web socrative. Pelajar dikehendaki menjawab soalan kuiz tersebut mengenai lakuan bahasa. Di samping itu, Dr Norsofiah mengarahkan pelajar untuk mendapatkan contoh jawapan dari facebook berdasarkan soalan kuiz yang diberikan. Pelajar diminta untuk menjawab semua soalan kuiz dalam masa 30 minit. Setelah selasai menjawab kuiz tersebut, Dr Norsofiah mula membincangkan satu persatu jawapan yang telah diberikan. Hasil dari perbincangan jawapan bagi soalan kuiz tersebut, maka pelajar dapat memahami lagi dengan lebih jelas tentang lakuan bahasa yang sebenar.


Anekdot Pengalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tiga tahun setengah tempoh pengajian di Universiti Sains Malaysia sudah pun berakhir. Terlalu ...