Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua. Refleksi minggu ke-11 untuk kali ini mengenai etika
penyelidikan dan penulisan yang berkaitan dengan kualitatif. Sebelum permulaan
kelas, Dr Odi telah mengarahkan pelajarnya untuk mencari dua jenis buku yang
mempunyai etika penyelidikan untuk dibawa ketika kelas. Pada permulaan kelas,
diadakan majlis bacaan Yassin untuk mendoakan kesembuhan Dr Rahimah yang
menghidap penyakit kanser. Suasana di dalam kelas agak suram kerana Dr Odi
menceritakan kisah Dr Rahimah sebelum beliau mengetahui, beliau telah menghidap
penyakit kanser. Ternyata maklumat yang disampaikan oleh Dr Odi telah menyentuh
hati kecil setiap pelajar Hmt 411.
Setelah selesai majlis tersebut, Dr
Odi mula menceritakan tentang etika penyelidikan dan perkaitan antara adab-adab
yang perlu sesorang itu patuhi tidak kira ketika berurusan dengan orang sakit
atau dalam membuat penyelidikian. Seterusnya, Dr Odi mengarahkan setiap
kumpulan untuk membuat infografik mengenai etika penyelidikan yang terdapat
dalam buku yang telah kami cari sebelum ini. Infografi tersebut harus dimuat
naik di facebook untuk tatapan semua pelajar.
Sekian sahaja refleksi saya pada kali ini. Terima Kasih.